CADANGAN MENAIK TARAF KEMUDAHAN KESELAMATAN KOMUNITI MENGEKANG RISIKO KEMALANGAN BERULANG DI SIMPANG TIGA PERSIARAN METAFASA – JLN METAFASA U16/5, SEK U16

Penduduk telah menyaksikan jumlah kekerapan kemalangan 1-2 kali berulang setiap bulan di persimpangan Persiaran Metafasa – Jalan Metafasa U16/5. Kerisauan penduduk ini berasaskan risiko dan kesan terhadap sejumlah 15,000 penduduk yang menggunakan persimpangan tersebut setiap hari. Ia juga merupakan antara 2 sahaja simpang keluar masuk ke Taman Bukit Subang dan juga SKTBS iaitu satu satunya kemudahan sekolah rendah yang menempatkan 1,500 pelajar dari seluruh Sek U16 (Taman Bukit Subang & Denai Alam).

Rekod kemalangan yang telah diperoleh oleh Sdr Faudzi dari pihak PDRM menyokong rekod pemerhatian penduduk seperti berikut ;

Tahun 2019 : Statistik sejumlah 22 kali berlaku kemalangan yang menyebabkan kerugian kerosakan kenderaan. Purata 2 kali berlaku kemalangan sebulan.

Tahun 2020 : Statistik sejumlah 14 kali berlaku kemalangan yang menyebabkan kerugian kerosakan kenderaan. Semasa tempuh pergerakan terhad komuniti PKP menurun kepada purata 1 kali kemalangan sebulan.

Rentetan kronologi peristiwa ;

14 Dis 2020 : Aduan bersepadu dari 11 RT/RA di Sek U16 dipanjangkan kpd MBSA termasuk dari Komuniti2 Pangsapuri Cendana, Pangsapuri Melor, Pangsapuri Lili, MRA Melati Resident Association, Pangsapuri Teratai, Pangsapuri Kiambang, KACA Kenanga Resident Association, Persatuan Penduduk Beringin, PIBG SKTBS memohon perhatian tindakan menaik taraf keselamatan di persimpangan2 Persiaran Metafasa. Diselaraskan oleh Sdr Faudzi melalui email 14 Dis 2020.

24 Dis 2020 : Lawatan tapak bersama YB Najwan Halimi(ADUN Kota Anggerik), En Shakir (Ahli Majlis MPP zon 22 MBSA), En Nazreen (pegawai Jab Kejuruteraan MBSA), ASP Ismail (IPD Shah Alam), SM Zulkifli (Balai Polis Bukit Jelutong PDRM), En Sulaiman Dat (Guru Besar SKTBS), En Sharizan (SDP), Insp Hafiz (AP SDP), AJK SAM, 11 Pengerusi2 RT, RA & JMB telah diselaraskan oleh Sdr Faudzi. Tinjauan Persimpangan Persiaran Metafasa dan Jalan Metafasa U16/5, U16/3 dan U16/1 termasuk tapak cadangan bonggol depan SKTBS. Semua yang hadir bersetuju dengan struktur bentuk muka bumi dan reka bentuk persimpangan Persiaran Metafasa – U16/5 amat bahaya dengan sumbangan faktor pandangan terhalang oleh selekoh, bukit, semak dan struktur papan tanda selain pemandu yang memandu dalam keadaan laju di Persiaran Metafasa.

05 Jan 2021 : Mesyuarat Wakil2 Ahli2 Komuniti Sek U16 membentangkan, memperincikan dan merumuskan cadangan langkah tindakan yang dipersetujui secara sebulat suara. Antara rumusan cadangan tanpa bantahan ialah tambahan jarak speed breaker, cat’s eye, road stud, lampu hazard kuning dan tanda AWAS.

27 Feb 2021 : Kerja2 menaik taraf persimpangan telah siap. Tahniah kpd MBSA yg berjaya menyiapkan kerja dan menyelesaikan aduan penduduk dlm tempuh masa singkat 3 bulan. Terima kasih dan penghargaan kpd semua urusetia penduduk yg terlibat.

12 May 2022 : Penduduk menyuarakan kebimbangan kemudahan road furniture yang telah digunakan selama lebih setahun telah rosak. Ia telah berjaya meredakan tahap kadar kemalangan 22 kali setahun ke tahap kadar sifar. Kemudahan telah dirosakkan termasuk sumbangan oleh pengguna awam yang menerima faedah.

07 Jul 2022 : Wakil2 pemimpin2 penduduk Komuniti Sek U16 yang bermesyuarat telah bersetuju untuk memohon kepada pihak MBSA bagi mengekalkan sistem lalu lintas tiada belok kanan dan memperbaiki kemudahan road furniture tersebut. Rujukan : Minit Mesyuarat 07 Jul 2022.

14 Jul 2022 : Memohon kpd MBSA utk bina semula & tambah baik struktur bollard dg tambahan kerb jalan.

18 Jul 2022 : Sokongan oleh Ahli Majlis Zon 22 En Muhammad Shakir Ameer Mohideen. Rujukan MBSA/PKOM/MPP22/600-3 bertaikh 18 Jul 2022.

02 Okt 2022 : Kerja2 mengukuhkan struktur bollard dg membina road curb di tapak bollard. Walaubagaimanpun kontraktor MBSA telah menambah struktur 2 lagi unit island berupa road curb.

03 Okt 2022 : Semasa pembinaan road curb concrete yang pertama dan kedua boleh diterima, pembinaan road curb ke tiga mengundang risiko yang lebih merbahaya apabila rekabentuk laluan masuk ke kanan dari Denai Alam ke Bukit Subang agak sempit. Faktor pengalaman praktikal sebenar di tapak perlu di ambil kira berbanding hanya pematuhan panduan peraturan literal sahaja.

05 Okt 2022 : Aduan dari penduduk melalui Persatuan Penduduk Beringin mencadangkan supaya road curb ketiga dirobohkan dan diratakan.  Rujukan : Surat Sdr Nik Adlin Fariz b Nik Abd Rashid no PPBPHBS/2021/005 bertarikh 5 Okt 2022.

09 Feb 2023 : Mesyuarat bersama wakil2 komuniti Taman Bukit Subang memutuskan untuk memohon dan mendesak MBSA supaya road curb concrete yg ke tiga tersebut dirobohkan dan diratakan seperti sedia kala.

Disediakan oleh ;

AHMAD FAUDZI MOHD NAZAM

Tarikh : 12 Feb 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *