9 Dis 2022 : Program Taklimat “Ayuh Cegah Denggi Komuniti Kita” oleh PKD Petaling dengan kerjasama COMBI Seksyen U16, KRT Melor dan MPP Zon 22 Shah Alam.

Program pendidikan kesihatan membasmi pembiakan nyamuk aedes dan pencegahan demam denggi di Pangsapuri Melor, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Program ini dijayakan dengan kerjasama antara COMBI Seksyen U16 Shah Alam, Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Pangsapuri Melor dan Majlis Perwakilan Penduduk(MPP) Zon 22. Program telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Shakir Ameer Mohideen, Ahli Majlis Zon 22 Shah Alam. Program dilaksanakan atas inisiatif Sdr Ramli Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *