9 DEC 2022 : Program “AYUH CEGAH AEDES/DENGGI KOMUNITI KITA” PEJABAT KESIHATAN DAERAH PETALING SELANGOR.

Pegawai PKD Petaling membuat penerangan mengenai aktiviti Cari & Musnah Nyamuk Aedes seterusnya membenteras Demam Denggi. Flier diserahkan kepada murid-murid & ibubapa yang hadir sebagai pendedahan & perkongsian maklumat sebagai salah satu usaha membangunkan komuniti mampan. Mereka diberikan penerangan lanjut mengenai kes demam denggi yang semakin berleluasa. Tips menjaga kesihatan fizikal diri dan memelihara kesihatan persekitaran. Penglibatan kehadiran murid2 Tadika KEMAS Melor & KEMAS Kiambang, Guru2 Tadika KEMAS, Ibubapa & penduduk sekitar. Terima kasih juga kepada Puan Nalinda, Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang turut hadir ke program taklimat tersebut. Turut serta Tn Mohamad Shakir Shakir Ameer Mohideen(Ahli Majlis MBSA ”MPP Zon 22”), En Ahmad Faudzi Mohd Nazam(Pengerusi COMBI Daerah Petaling), En Ramli (”JMB Melur”), En Abd Shukor (”PPP Melor”), En Nizam (”KRT Melor”), Penyelia Tadika Kemas Melor, Penyelia Tadika Kemas Kiambang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *