23 FEB 2025 : ELMINA LAKESIDE MORNING WALK

Lebih 300 peserta telah menyertai aktiviti Berjalan 10,000 Langkah sejauh 5.0KM. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS) telah menyediakan khidmat Wellness On Wheel(WOW). Lebih 70 peserta berpeluang mencuba Basikal Jus secara percuma. Perlepasan di buat oleh YB Azli Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam) Bersama En Mohamad Shakir Ameer Mohideen (Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)). Sokongan khidmat keselamatan…

Read More

9 FEB 2025 : PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI PANGSAPURI MELOR PUCHONG

Program GORO Perdana dirasmikan oleh YB Abbas Salimi Che Adzmi(ADUN Seri Serdang). Hadir sama En Kamarul Hafiz(Ahli Majlis Zon 14 Subang Jaya). Serah terima produk racun Abate kpd En Rozlan Nahar(Pengerusi COMBI Pangsapuri Melor) oleh En Ahmad Faudzi Mohd Nazam(Pengerusi COMBI Daerah Petaling). Komitmen berterusan membersihkan persekitaran & membebaskan Kawasan dari pembiakan nyamuk aedes.

Read More

18 DIS 2022: HARI TANPA KENDERAAN BERSAMA MBSA & SIME DARBY PROPERTY DI ELMINA CENTRAL PARK SEIRING USAHA KE ARAH BANDARAYA RENDAH KARBON 2030.

Warga Bandar Raya Shah Alam memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan@Elmina Central Park anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen U16. Program diadakan di Elmina Central Park itu dihadiri Datuk Bandar, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, timbalannya, Ahli-Ahli Majlis dan pengurusan tertinggi MBSA.

Read More

31 DEC 2022 : MAJLIS KESYUKURAN TAHUN BARU 2023 & PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA TEAM COMBI SEKSYEN U16 (MELOR)

Menghargai sumbangan penduduk Melor dalam penglibatan COMBI Seksyen U16 bersama Skuad Sukarelawan Melor menjalankan aktiviti sepanjang tahun 2022. Semoga sumbangan diberikan diganjari oleh Allah swt hendaknya. Turut hadir En Ahmad Faudzi Mohd Nazam, Pengerusi COMBI Daerah Petaling. En Ramli Ibrahim, Jawatankuasa Muafakat Komuniti Melor Seksyen U16 CoE

Read More

9 Dis 2022 : Program Taklimat “Ayuh Cegah Denggi Komuniti Kita” oleh PKD Petaling dengan kerjasama COMBI Seksyen U16, KRT Melor dan MPP Zon 22 Shah Alam.

Program pendidikan kesihatan membasmi pembiakan nyamuk aedes dan pencegahan demam denggi di Pangsapuri Melor, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Program ini dijayakan dengan kerjasama antara COMBI Seksyen U16 Shah Alam, Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Pangsapuri Melor dan Majlis Perwakilan Penduduk(MPP) Zon 22. Program telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Shakir Ameer Mohideen, Ahli Majlis Zon 22 Shah…

Read More