17 JULAI 2022 : PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN KOMUNITI ‘SEARCH & DESTROY MENCARI DAN MEMUSNAHKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

Aktiviti Pendidikaan bersama penduduk setempat. Terdapat pelbagai cara untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. Antaranya ialah mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk aedes. Tumpuan ialah membuang takungan & tadahan lebihan air. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir. Antara aktiviti yang dilakukan oleh COMBI Petaling ialah mencari takungan air yang berada di kawasan takungan air yang terbiar. Pihak sukarelawan COMBI Petaling juga ada menyerahkan flyer berkaitan Aedes kepada penduduk setempat. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup dan sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggotaa terdedah kepada gigitan nyamuk. Kolaborasi antara COMBI, Kawasan Rukun Tetangga dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *