INISIATIF PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI MAMPAN DI SEKSYEN U16 SHAH ALAM

  1. Bilakah bermulanya tamadun komuniti Seksyen U16?

Komuniti Seksyen U16 bermula dengan pembangunan Taman Bukit Subang pada tahun 2000. Seterusnya pada tahun 2006, Seksyen U16 ini dimajukan lagi dengan pembangunan Denai Alam. Pada tahun 2016 pembangunan Perbandaran Elmina pula telah dimulakan. Sehingga tahun 2012, komuniti telah digerakkan secara pendekatan Persatuan Penduduk masing2. Bermula tahun 2012, Pembangunan Komuniti telah maju mengorak langkah ke hadapan dengan lebih agressive melalui kesediaan semua 40 persatuan penduduk bergerak secara bersama. Gerakan secara kumpulan yang lebih besar ini telah berjaya membuahkan hasil yang lebih baik kepada komuniti dan juga agensi kerajaan.

2. Apakah bentuk sumber kewangan di dalam membina komuniti ini?

Persatuan penduduk berdaftar dengan ROS berpeluang menerima dana berjumlah RM10 Ribu untuk permohonan projek khas tertentu yang ditawarkan dan berjaya diluluskan utk perlaksanaan di dalam tempuh masa setahun. Antara tempuh tahun 2016-2018, bagi memenuhi keperluan besar komuniti, bantuan telah dipanjangkan untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga(KRT) yang berdaftar di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Sebanyak 11 buah KRT baru telah berjaya ditubuhkan dengan kerjasama penduduk di kawasan masing2. Penubuhan ini membuka peluang kepada komuniti untuk inisiatif aktiviti pembangunan komuniti menggunakan dana terkumpul berjumlah RM66 Ribu setahun.

3. Apakah program jana ekonomi EEP ini dan siapakah yang terlibat dalam projek ini?

Membina satu ekosistem adalah satu pendekatan membina komuniti yang lebih mampan. Oleh itu satu program pendekatan ekonomi komuniti telah dirancang. Program Pemerkasaan Ekonomi adalah dilaksanakan melalui satu proses berperingkat menyuntik sumbangan membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk golongan B40 di Taman Bukit Subang, Seksyen U16. Program ini dilaksanakan di bangunan CCL milik Sime Darby Property(SDP) yg terletak di Pusat Perdagangan Taman Bukit Subang. Projek ini adalah satu bentuk promosi Pengurusan Bersama. Kerjasama secara saling melengkapi antara rakan strategik pelaksana SDP, MBSA, MPP Zon 22, KRT Zon Kota Anggerik B & PRISMA. Merangkumi kawasan Seksyen U16.  Seksyen U16 meliputi Denai Alam & Taman Bukit Subang serta Elmina. Calun yang berminat perlu memohon terlebih dahulu. Penerimaan penyertaan tertakluk kepada penilain dan kelulusan pihak penaja utama SDP semasa memasuki permohonan.

4. Sejauh manakah program ini disokong oleh pihak koporat & agensi kerajaan?

Pada 05 Jun 2020 satu pengumuman tawaran inisiatif laksana PENJANA GLC diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sehubungan dengan itu, seterusnya pada 06 Jun 2020, SGM SDP berbincang & berunding untuk teroka peluang jana ekonomi komuniti Taman Bukit Subang melalui Enterprise Sosial menggunakan kemudahan ruang kosong di CCL. Selepas lebih sebulan membuat risikan & kajian pandangan balas komuniti, pada 16 Jul 2020 satu perjumpaan dengan SGM SDP memaklumkan updated responses & maklum balas dari komuniti. Pelan perancangan dinamakan sebagai  PENJANA GLC KOMUNITI U16. Pada 28 Sep 2020 turut serta dalam Malaysia Urban Forum(MUF) meneroka peluang jalin kerjasama rakan strategik jana ekonomi. Pada 03 Okt 2020 satu lawatan oleh Datuk Bandar Shah Alam Dato Harris bersama delegasi pengarah2 MBSA & SDP ke usaha jana ekonomi komuniti. Pada 30 Okt 2020 Head Of Township(HOT) SDP mengesahkan kesediaan teroka peluang bantuan sumbangan program jana ekonomi B40 dan peluang pembekalan tempahan kepada team jana jahit. Pada 02 Dis 2020 satu perbincangan dengan Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA utk usaha Jana Ekonomi dan Foodbank. Pada 22 Apr 2021 satu kelulusan rasmi diperoleh dari SDP untuk meneruskan projek ini yang dijenamakan semula dengan nama Economic Enhancement Programme(EEP) atau Program Pemerkasaan Ekonomi B40.

5. Bila kah tercetusnya idea awal untuk memulakan inisiatif program ini?

Perlaksanaan projek ini telah melalui satu proses pelbagai rundingan dan perbincangan yang panjang lebih dua(2) tahun. Pada Nov 2018, ruang di CCL milik SDP di dapati terbiar tidak digunakan utk satu tempuh yang lama melebihi 5 tahun. Bangunan CCL juga didapati tidak diurus tadbir dengan baik. Maka ruang kosong tersebut telah dicadangkan untuk ia digunakan sebagai pusat jana ekonomi komuniti. Pada masa sama kumpulan penggerak jana ekonomi tersebut nanti boleh mengambil tanggungjawab bersama menguruskan bangunan tersebut. Pada 13 Dis 2018, satu lawatan tapak bersama Ahli Majlis, Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Pegawai SDP, KRT & PRISMA meninjau ruang cadangan jana ekonomi B40 di CCL, TBS.

6. Bagaimanakah kaedah peluang ini didedahkan & ditawarkan kepada komuniti?

Setelah lebih dua(2) bulan berunding & berbincang dengan lebih 6-7 kumpulan pelbagai kelompok komuniti & kelompok peniaga, satu mesyuarat wakil2 komuniti2 telah dipanggil pada 23 Feb 2019 bersama dengan pegawai SDP. Pihak SDP telah memaklumkan dan menawarkan peluang program jana ekonomi guna ruang bangunan CCL di dalam mesyuarat dengan ketua2 komuniti U16 – Pengerusi2 KRT, RA, JMB, PGBBS dan surau. Menerangkan peluang khas utk kumpulan B40 Taman Bukit Subang melaksanakan enterprise sosial sebagai inisiatif meningkatkan taraf ekonomi.

7. Apakah usaha alternatif lain memanjangkan tawaran ini kepada komuniti?

Usaha memberikan pencerahan dan mendapatkan kesediaan penyertaan dari pelbagai kumpulan komuniti terus disambung dari masa ke semasa sepanjang tempuh 6-7 bulan. Pada 29 Sep 2019 satu whatsapp group telah dibuka oleh Sdr Hisham wakil dari pangsapuri Melati dan PGBBS. Ia bertujuan merintis peluang perbincangan dan tawaran guna kemudahan CCL kpd komuniti. Walaubagaimanapun whatsapp group ini telah ditutup dan dibubarkan setelah mendapati ahli2nya tidak berminat dengan tawaran program ini. Kajian & perbincangan diteruskan dengan pelbagai kumpulan komuniti juga tidak menerima reaksi positif melainkan negatif terutamanya kedudukan lokasi tersorok & tiada faktor tarikan prospek pelanggan.

8. Apakah bentuk latihan persediaan perniagaan yang disediakan?

Pada 01 Nov 2020 : Tawaran tajaan oleh SDP kepada komuniti melalui Pengerusi2 KRT2 untuk menyediakan latihan perniagaan secara percuma memberi keutamaan kepada B40 calun2 PENJANA GLC. Pada 03 Nov 2020 : SDP(Sen Gen Manager, Head Of Township, Ahli Majlis) bersetuju pada dasar utk laksana PENJANA GLC utk faedah sasaran kumpulan B40 Taman Bukit Subang. Pada 27 Nov 2020 : Sesi latihan pengurusan perniagaan oleh SDP bermula dengan 20 peserta pertama. Pada 01 Dis 2020 : Sesi latihan pengurusan perniagaan utk 20 peserta pertama tamat dengan jayanya.

9. Apakah usaha utk menggerakkan pengurusan penyelenggaraan JMB?

Semangat menghidupkan bangunan CCL tidak pernah padam. Selepas setahun pelbagai inisiatif terus dilaksanakan, pada 16 Nov 2019 perbincangan diadakan dengan peniaga pemilik unit2 di CCL. Kumpulan ini bersetuju menggerakkan semula JMB dengan cadangan Sanusi sebagai Pengerusi. Whatsapp group dimulakan. Pada 18 Jan 2020, satu mesyuarat JMB CCL bersama pegawai2 dari COB MBSA, SDP, MPP Zon 22, & KRT Zon Kota Anggerik B telah bersetuju menyusun semula pengurusan selenggara bangunan CCL.

10. Apakah usaha menggerakkan & mendedahkan kefahaman kepada peniaga sedia ada?

Kumpulan peniaga sedia ada dalam komuniti telah didekati untuk berkongsi pandangan dua hala. Pada 17 Nov 2019 : Usaha mengumpulkan maklumat peniaga2 untuk tujuan membantu promosi berkumpulan Direktori Niaga Komuniti U16 dimulakan. Walaubagaimanapun, pada 23 Jan 2020 : Sebahagian yang putus asa telah meninggalkan group. Usaha tetap diteruskan dengan menyusun semula kumpulan untuk terus bergerak maju ke hadapan. Pelbagai pencerahan & perundingan tetap diteruskan melalui pelbagai kaedah kepada semua penduduk juga. Pada 03 Apr 2020 : Selaraskan sumbangan barangan dapur dari SDP & MPP kpd penduduk yg terkesan ekonomi akibat covid 19 melalui Pengerusi2 KRT2. Peluang ini digunakan untuk berkongsi maklumat dua hala sambil memberi pendedahan peluang yang ada.

11. Apakah usaha pendedahan bakal peserta dalam bidang perniagaan jana frozen?

Peserta dari Pangsapuri Kos Rendah Teratai menyambut baik program Jana Ekonomi ini dan telah mengumpulkan 10 pengusaha kuih individu yang diketuai oleh Puan Hazurawati. Mereka telah bergabung membentuk satu kumpulan untuk mengusahakan produk kuih frozen secara bersama. Satu ruang di bawah pangsapuri telah disewa untuk tujuan ini selain sebuah freezer telah dibeli sebagai kegunaan bersama. Kejayaan mereka telah menyuntik semangat dua kumpulan baru 10 peserta setiap satu kumpulan memulakan dua(2) lagi unit jana ekonomi produk lauk frozen yng diketuai oleh Puan Norma dan Puan Patimah. Pada 08 Aug 2020 : Wakil peserta Pn Aniza (Kak Yong) hadir seminar entrepreneur mengurus frozen food di Puncak Alam dalam usaha jana frozen food dengan kos perbelanjaan atas tajaan PRISMA. Pada 25 Aug 2020 : Lawatan & rundingan dg Hj Yusof di kilang frozen KLFC miliknya  di Kota Damansara utk kerjasama korporat PENJANA U16. Pada 20 Dis 2020, satu usaha lawatan integrasi sambil belajar telah diadakan ke kilang pau mus frozen di Sabak Bernam. Setiap kumpulan jana ekonomi in telah berjaya mencatatkan jualan bulanan lebih RM3 Ribu sebulan selama tempuh lebih setahun.

12. Bagaimana usahawan perniagaan yang berjaya boleh membantu seperti jana jahit?

Gabungan pengusaha penjahit yang diterajui oleh Puan Noor Hairiah dari Pangsapuri Teratai dengan dibantu oleh Puan Zahelawati dari Pangsapuri Melati telah berjaya membentuk satu kumpulan 10 orang pengusaha. Mereka mula bergerak secara bersama dengan menggunakan ruang di bawah pangsapuri. Pada 19 Sep 2020 : Rundingan dg Mr Tay Yap Seng pengusaha kilang Natural Batik dari Kuantan untuk bantuan & bimbingan koporat peserta ekonomi jana jahit. 20 Sep 2020 : Lawatan Mr Tay Yap Seng ke tapak jana ekonomi jahit di Pangsapuri Teratai berbincang terus dg peserta. 25 Sep 2020 : Peserta Pn Aniza (Kak Yong) , Pn Nor Hairiah & Pn Zahelawatie hadir lawatan sambil latihan di kilang Natural Batik House di Kuantan dengan kos perbelanjaan atas tajaan PRISMA. Lanjutan inisiatif ini, mereka telah menerima tempahan jahitan pelitup muka & permainan batu seremban dari Natural Batik House.

13. Apakah usaha alternatif lain seperti jana tani?

Pada 19 Jun 2020 : Rundingan dg Pegawai Pertanian di Jab Pertanian Negeri Selangor peluang teroka usaha Kebun Komuniti & Jana Tani Sek U16. Pada 01 Okt 2020 : Lawatan tapak Jab Pertanian (Pn Nazirah) utk teroka tapak2 berpotensi usaha komuniti pertanian bandar membangunkan jana tani. Pada 1 Nov 2020, satu lawatan integrasi sambil belajar ke kebun komuniti Al Husna, Seksyen 20, Shah Alam diadakan. Pada 11 Nov 2020 : Lawatan Penghulu Mukim Bukit Raja dan Pegawai JPS diiringi oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Petaling meninjau Jana Tani. 20 Nov 20 : Lawatan Pegawai Pertanian Jabatan Taman, MBSA bersama Pegawai Pej Pelajaran Daerah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

14. Apakah antara inisiatif yang diperkenalkan seperti jana kitar semula?

Pada 12 May 2020 : Lawatan tapak LPHS (En Azuan) meninjau tapak2 yg sesuai di U16 utk laksana bantuan geran kitar semula komuniti. Pada 21 May 2020 : Perbincangan dg LPHS (En Azuan) on Community U16 Recycling potential. 14 Jul 20 : Teroka dg Pegawai di LPHS dan follow up on inisiatif Jana Kitar Semula Sek U16.

15. Apakah faktor lain mempengaruhi kemampuan program ini?

Pada 25 Feb 2021 : KRT Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang ahli di dalam Zon Kota Anggerik B dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Mini Zee Bee MBSA peringkat daerah Shah Alam. Beberapa komuniti berbeza di Taman Bukit Subang yang mewakili MPP zon 22  telah memenangi johan peringkat daerah pada tahun 2014 dan sekali lagi pada tahun 2021. Manakala telah mendapat tempat ketiga peringkat daerah pada tahun 2016 dan memenangi johan peringkat kebangsaan pada tahun 2020. Ia adalah satu kesan rangkaian apabila pelbagai usaha jana ekonomi berjaya memberi sumbangan besar dalam kemenangan KRT Pangsapuri Teratai sebagai Johan Daerah Shah Alam. Antara faktor menyumbang apabila KRT Pangsapuri Teratai berjaya membentuk dan menggerakkan usaha jana jahit, jana frozen kuih, jana frozen lauk, jana kitar semula & jana tani. Penghargaan khas kepada En Shakir Ahli Majlis dan En Rozhan Pegawai Tadbir Operasi MPP zon 22 atas sokongan berterusan dalam usaha jana ekonomi ini.

16. Apakah peranan SDP dalam projek jana ekonomi ini?

SDP menyumbang ruang aktiviti niaga, peralatan dan latihan. SDP akan menapis dan menilai calun peserta melalui pelarasan oleh PRISMA di bawah konsep Pengurusan Bersama. Unit ruang niaga seluas 3,000 KPS telah disumbangkan oleh SDP utk kegunaan selama tempuh 3 tahun. Anggaran nilai sewaan RM50 Ribu setahun atau RM150 Ribu utk tempuh 3 tahun. Peralatan yg akan disediakan melalui procurement(perolehan) yg diuruskan oleh PRISMA termasuk mesin jahit, freezer, chiller, mixer dan lain lain. Peruntukan sebanyak RM50 Ribu telah disediakan oleh SDP untuk tujuan ini. Jumlah besar sumbangan berbentuk geran bernilai RM200 Ribu.

17. Apakah peranan PRISMA dalam projek jana ekonomi ini?

PRISMA menyumbang perkhidmatan pengurusan, perundingan, pemilihan, pelarasan & pelapuran secara pro-bono(percuma). Pra-syarat persetujuan awal adalah penyata buku simpan kira untuk semua belian & jualan hendaklah disimpan untuk diodit perjalanan transaksi belanja keseluruhan peruntukan. Lapuran kemajuan berkala hendaklah disediakan & diserahkan kepada SDP setiap tempuh 3 bulan. Projek hendaklah  disempurnakan dalam tempuh 12 bulan dalam 3 fasa. PRISMA sentiasa mempromosi pendekatan Pengurusan Bersama antara Komuniti, Kerajaan & Koporat di dalam pembangunan komuniti.

18. Apakah peranan KRT dalam projek jana ekonomi ini?

KRT menggerakkan ahli2 dalam aktiviti niaga secara enterprise sosial sambil didedahkan dengan pendekatan Pengurusan Bersama. Penerangan demi penerangan diberikan di dalam perjumpaan secara bulanan dengan penduduk malah secara mingguan di dalam sesetengah keadaan. Mendapatkan faedah & manafaat dari kemudahan ruang niaga & kemudahan peralatan yang disediakan percuma sebagai geran padanan usaha niaga. Peserta hanya terlibat dalam memberi tumpuan  operasi niaga & penyelenggaraan ruang niaga termasuk kebersihan, keselamatan, bill utiliti, sistem POS, pemasaran, simpan kira, juru odit, juru cukai, setiausaha dll.

19. Siapakah rakan kerjasama lain dalam projek jana ekonomi ini?

Beberapa rundingan menjalin rakan kerjasama strategik diadakan bersama usahawan berpengalaman. Mr Tay Yap Seng dari NBV(Natural Batik Village) – Pembekalan bahan kraft bertemakan batik. Tuan Haji Yusof Awang dari KLFC(Kuala Lumpur Fried Chicken) – Pembekalan ayam & daging sejuk beku. Puan Zaharatul Akmar Zainuddin dari PSA(Politeknik Shah Alam) – Perkhidmatan Pemasaran & Promosi. Datin Seri Dr Zainah Othman sebagai penasihat perunding koporat & agensi kerajaan selain merangka strategi pelan pembangunan perniagaan. Kumpulan pembimbing professional Dr Zainatuliza, Puan Nurul Huda & Puan Azura juga terlibat secara aktif dlm sesi latihan mingguan. En Fauzan dari SELDEC membantu pendekatan pemasaran secara dalam talian. Prof Jeffry Phang melalui Komuniti Prihatin Kerjaan Prihatin (KPKP) membantu mendapatkan jaringan bantuan dengan beberapa yayasan koporat selain agensi kerajaan. Selain dari itu En Terry Teo dari Denai Alam Recreational Club(DARC) juga membantu menyumbang dari sumber beliau dalam menyokong usaha ini. Sehingga kini semua rakan strategik menyumbang perkhidmatan secara pro-bono(percuma) tanpa apa apa caj hanya kerana satu hasrat sama membantu menyumbang meningkatkan taraf ekonomi penduduk golongan B40 di Taman Bukit Subang. Kunci utama kejayaan projek ini sehingga kini adalah saling percaya antara satu sama lain dan saling melengkapi antara satu sama lain di dalam satu platform Pengurusan Bersama.

20. Siapakah penerima manfaat langsung dari projek jana ekonomi ini?

Jualan dan keuntungan adalah sepenuhnya milik sosial enterprise dan juga peserta yang juga ahli. Pembahagian perkongsian keuntungan terserah sepenuhnya kepada perbincangan dan rundingan antara peserta dan komuniti masing2. Setelah mengadakan pelbagai bentuk pendedahan, pencerahan, perbincangan, perundingan sepanjang tahun 2019, minat penduduk mula terbuka pada tahun 2020. Anggaran penglibatan 30 penduduk dari Pangsapuri Teratai melalui 3 kumpulan kecil jana ekonomi frozen, 10 penduduk gabungan Pangsapuri  Teratai & Pangsapuri Melati melalui jana ekonomi jahit, 10 peserta jana ekonomi tani Pangsapuri Melati & 10 peserta jana ekonomi roti Pangsapuri Kiambang.

21. Apakah risiko, peluang, kelebihan & manfaat dari penyertaan dalam projek ini?

Peserta terpilih bertuah akan menikmati kemudahan bantuan bernilai lebih RM200 Ribu melalui sumbangan pelbagai pihak. Pecahan dalam bentuk nilai sumbangan sewaan ruang kedai RM150 Ribu (RM4 Ribu sebulan selama 3 tahun) dan nilai sumbangan peralatan dan mesin bernilai RM50 Ribu. Bagi mengukuhkan kestabilan asas perniagaan, peserta hanya perlu memberi pertimbangan berkongsi sesama sendiri mengeluarkan modal pusingan yang amat rendah dalam anggaran kurang dari 5% atas jumlah modal lebih RM200 Ribu. Konsep Pengurusan Bersama ini adalah amat mencabar apabila melibatkan pelbagai pihak dengan jurang yang amat besar antara satu sama lain. Membandingkan relatif jumlah modal yang dilaburkan oleh pihak pihak yang terlibat, peserta adalah berhadapan dengan risiko yang amat rendah secara relatif. Ia adalah peluang bagi mereka yang dapat melihat program geran padanan ini dari sudut pandangan peluang. Begitulah juga sebaliknya.

22. Apakah perancangan masa depan?

Pada Sep 2021 program ini berjaya digerakkan dari hanya di bawah blok pangsapuri ke ruang niaga yang lebih sempurna di bangunan CCL. Hasil kerjasama PRISMA dan Sime Darby Property ini telah merealisasikan kemudahan niaga yang lebih sempurna untuk kumpulan komuniti B40. Bantuan ini adalah sebagai asas untuk komuniti enterprise sosial ini dapat berkembang lebih besar dan dapat berdikari secara sendiri selepas tempuh tiga(3) tahun. Selepas tamat tempuh tiga(3) tahun tempuh bimbingan & bantuan peserta yang telah berjaya berniaga dan bersaing secara sihat berpeluang berunding untuk kadar sewa berpatutan dan munasabah. Peserta yang telah berjaya juga berpeluang berunding untuk memindah milik pemilikan mesin & peralatan secara kasih sayang. Apa apa kemudahan bantuan lain adalah tertakluk kepada mutu persembahan kumpulan ini sendiri.

23. Apakah usaha memungkinkan projek ini dapat bertahan secara mampan?

Pada Dis 2022 kumpulan peserta usahawan komuniti melalui PRISMA atas cadangan pihak MBSA/MPP telah menerima pelawaan dari pihak UiTM untuk berkolaborasi di dalam satu program Financial Independence Strategy For Community Entrepreneur(FISCENT). Setelah sebulan berunding, semua pihak bersetuju menjalinkan kolaborasi bersama dengan hasrat memajukan usahawan komuniti terutama golongan B40. Projek yang diketuai oleh Dr Hjh Memiyanty Abd Rahim ini adalah projek khas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor mula dilaksanakan pada Feb 2023. Program ini memberi bimbingan yang baik dari sudut ilmu dan kemahiran perniagaan mengikut keperluan masa kini.

AHMAD FAUDZI MOHD NAZAM

16 Feb 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *