
Lebih 300 peserta telah menyertai aktiviti Berjalan 10,000 Langkah sejauh 5.0KM. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS) telah menyediakan khidmat Wellness On Wheel(WOW). Lebih 70 peserta berpeluang mencuba Basikal Jus secara percuma. Perlepasan di buat oleh YB Azli Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam) Bersama En Mohamad Shakir Ameer Mohideen (Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)). Sokongan khidmat keselamatan & ketenteraman awam oleh Polis Di Raja Malaysia.